Posts

Pertama

Aku bukanlah penulis yang mempunyai akal yang hebat dengan kata-kata atau perkataan. Ketika kecil aku suka membeli buku nota-nota kecil yang kononnya untuk memudahkan aku menulis. Begitu juga diari, tapi semuanya dipenuhi dengan lakaran-lakaran super hero ataupun motor honda 50cc milik bapaku. Halaman-halaman kosong gagal membentuk aku sebagai penulis. Aku seringkali tepu tentang apa yang ingin ditulis. Kerja penulisan aku yang pertama adalah menulis nombor-nombor penting di dinding-dinding rumah ibu saudaraku. Kakak kepada bapa ku. Dibayar upah sebanyak 10 sen lantas dihabiskan membeli kuaci tikam. Untung-untung dapat kad yang berchop 20 sen atau lebih. Setiap hasil penulisan pasti diberi upah. Dan aku bebas menulis apa sahaja di dinding tersebut. Aku dilahirkan dikalangan ibu-ibu yang tidak dapat membaca dan menulis. Ibu saudaraku dijodohkan dengan lelaki yang juga tidak lancar penulisan dan pembacaannya. Alasan bapa saudara aku dia lancar membaca jawi dan tak sempat belajar membac